-->

Friday, July 27

Ramadhan bulan barakah


Alhamdulillah ..
sekali lagi dapat menyambut bulan Ramadan. banyak kelebihan daripada bulan ini. banyak ganjaran yang dapat daripada bulan ini. selain terawikh ,manahan lapar dahaga, good deed, charity. jaga aurat ,lidah dan mata ,jaga hati serta solat jangan malas pula dan baca al-quran.ALLAH melipatgandakan pahala kita. berbeza bulan lain. sebab itu beruntungnya siapa yang mengejar pahala pada bulan ramadan ini. Mungkin kalau di tanah arab mesti meriah sambutannya. di sini baru 4 hari dah pasang lagu raya. ingat baju raya. lemang.ketupat.adui. memang best. Tapi kan best kalau dapat    kumpul pahala banyak. hmm...ya..lailatul qadar sangat saya impikan untuk menunaikan. cuma saya kena ada kerajinan.
if not mistaken lailatul qadar adalah tujuan pengampunan dosa2 dahulu. wallahu'alam.


Hujah daripada seorang hamba ;
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."


Tanda Malam LailatulqadarPara alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.




Jadi yang penting mesti ada keikhlasan dan niat mengharapkan rahmat Allah.
Bulan Ramadan juga adalah masa untuk didik nafsu. kerana segala kejahatan punca daripada nafsu selain syaitan yang menghasut. Nafsu ini sangat degil kepada Allah s.w.t. sehinggakan di akhirat
malaikat bertanya kepada nafsu siapakah Tuhan kamu ? 'ma rabbuka?'
nafsu menjawab aku adalah aku Dia adalah Dia.
sampai ke berapa kali pon sama jawapannya. sampai malaikat menghukum nafsu ini sepedihnya. baru lah ia menjawab akulah hamba Allah dan Dia adalah Tuhanku. hmm lebih kurang ceritanya daripada apa yang saya baca. nak ceritakan betapa nafsu sangat ego dan cenderong kepada keburukan. kerana pendamping dia adalah syaitan dan jin.
insyallah.kalau didik nafsu ini buat baik dengan melakukan amalan2 dengan ikhlas. nafsu akan tunduk pada hati dan iman.
Tapi alangkah baiknya kita istiqamah berbuat baik untuk bulan2 seterusnya. mudah-mudahan
#peringatan untuk diri dan bersama. ALLAH always with us.





No comments: