-->

Thursday, January 26

sweetie Nad 2



''Dave, i think we need to explain to our parents...before it's too late !  ..''
gesa Nadia .
''Nadia,saya ni kan kawan lama awak ,sejak kecil lagi saya sudah kenal awak .sampai hati awak nak menjauhi saya ''.Dave rasa sedih dan masih ingin memujuk Nadia.  
'' ugh, tapi mak ayah kita tu sudah berfikiran jauh terhadap hubungan kita ini..tolong ..beritahu mereka juga hal sebenar ok?''sayu suara nadia meminta dave supaya memahaminya.

.   .   .

'it seems a month,  i did'nt saw her face.khabar berita pon tak dengar.Di mana sajalah si nadia pergi?' Jimmy bermonolog sendirian .Tertanya-tanya sejak kebelakangan ini dia berasa hubungan dia dan Nadia sudah renggang.

Sudah lama mereka tidak bersua.Kalau sebelum ini,mereka sering bersama-sama mengisi masa kosong dengan berborak dan menelaah pelajaran. 

Tapi kali ini dia mula berjinak-jinak dengan perangai kasanova.sudah sebulan. tanpa menghiraukan nadia telah lama menjauhinya. Barulah terasa tidak seperti selalu. Bahkan dia akui dan mulai sedar dengan sikapnya tidak betul.

'ya aku sedar aku mula bosan dengan sikap perempuan yang sama sahaja 'pe'el' mereka..'menggedik' sana sini.Buat aku rimas.Kadang- kadang sehari aku telah berbelanjakan beratus- ratusan ringgit demi menjaga hati mereka.
Berlanja baju lah, makan lah..haduih.
Sedangkan Nadia tiap-tiap hari aku yang suruh dia berlanja aku.Saja cari maut.mustahil lah kalau dia berlanja.Kedekut kot.Kalau diusik pon dia sangat kebal mengalahkan kereta kebal.

Muka tiada perasaan.Kadang2 kalo aku cakap sedikit,nah bah,angin ,ribut petir buruk dia semua akan datang tanpa diragui dan diusul periksa, itu yang buat aku seram sejuk dengan dia' lama dia mengelamun
sambil manaip kerjanya di atas papan kekunci laptop tanpa dia sedar sebiji 'kayu balak'  jatuh menghempap badannya .
''woi...sakitla malaun! siapa punya kerja...'' Jimmy mengerang kesakitan sambil menoleh ke belakang dengan rasa tidak puas hati. Dia sumpah seranah.

''haha...wei steady la badan ko kan kebal..mana nak rasa.'' kata Adeq sambil tersenyum sumbing dengan rasa diri tidak bersalah. 

''agak la, kebal lagi buku kau...''

''heh..tu lah..aku tengok kau mengelamun je.ingat makwe ea.?''Adeq suka menyakat Jimmy. 

''wei...aku kalo ingat kau pekejadah..''

''oo..memang patutla...buku yang senipis ini saja boleh terkejut beruk..begitu rupanya  ''Adeq ketawa terbahak- bahak melihat telatah kawan sekuliahnya apabila disakat.

''eh aku rase aku nak jumpa Nadia..''dengan nada serius, Jimmy mengorak langkah menuju ke suatu arah yang belum tentu destinasinya dek mahu melarikan diri dari temannya. Tapi memang tujuan sebenarnya untuk mencari gadis yang hilang sejak kebelakangan ini.




. .             .  .                . .

Dave mengajak Nadia untuk bertemu di pantai Pasir Hitam,Melaka. Dia mengambil peluang yang ada untuk bersama- sama Nadia. Perasaanya membuak- buak untuk melaksanakan misinya. Memang sikap skemanya sudah menjerat Nadia. keningnya diangkat dengan senyuman sinis.


Sejak dari kecil lagi Nadia adalah sasarannya untuk membalas dendam terhadap peristiwa kematian bapa saudaranya,Benjo. Ayah Nadia memecat jawatan Benjo sehingga dia menghadapi strok dan akhirnya meninggal dunia. 

 Maruah bapa saudaranya telah dinodai dengan kekejaman yang dia rasakan perlu dituntut. Sehingga kini dia masih menuntut maaf dari keluarga Nadia. Nadia adalah mangsanya. Mangsa untuk tebus dosa keluarga Nadia kepada bapa saudaranya.


 Meskipun Nadia tidak tahu menahu hal kejadian tetapi dia akan membuatkan seluruh keluarga Nadia menyesal seumur hidup. 
AKU BUNUH KAU NADIA. seakan-akan ada sesuatu yang telah menghasut ke dalam jiwa Dave untuk berbuat begitu. Dave semakin berani.

''eh Dave ape kau buat ni...?''Nadia terkejut melihat tangan Dave sudah berada di pergelangan tangannya. Nadia cuba menarik tetapi gagal. Dave pegang dengan kuat.
dengan pura- pura berwajah manis seraya berkata.
''urm...bawa Nadia ke suatu tempatlah..mari..''

''Dave kau nak bawa aku ke mana ni..kita jalan elok- elok lah tak payah nak tergesa- gesa pulak'' omel Nadia yang tidak biasa apabila tangannya disentuh.

''adelah...'surprise' ni kena cepat sedikit sebelum masa tidak mengizinkan''. Dave berpura-pura melembutkan suara padahal dalam hatinya ingin saja dia menculik Nadia dan biarkan dia hidup di tengah hutan seorang diri. Hidup melaratlah dia di sana.

dave menarik tangan nadia dan terus berjalan ke suatu tempat. Berliku-liku jalannya .

''Nadia,saya rasa kita sudah sampai ,lihat istana itu cantik bukan?'' sambil menunjukkan ke arah sebuah istana tinggalan nenek moyang dahulu. ''masih ada lagi istana tinggalan yang berhampiran di pantai ini,ya? soal Nadia tanpa berfikir tujuan sebenar Dave membawanya ke situ.''Tempat ini merupakan 'explore' bagi pengunjung membuat 'research' mengenai sejarah kedatangan British ke mari sebenarnya kalau Nadia nak tahu''Jelas Dave. 

''Tempat ini tiada siapa yang tinggal kalau lusuh macam ini.Hish nampak seramlah. Saya nak balik.'' 

'' Erm mana boleh balik.It's fine. Dave bawakan ke tempat lagi istimewa..ok?''

"...."

Tiba sahaja di depan pintu gerbang yang dipenuhi lumut. Terdapat pula patung- patung sembahan nenek moyang yang berwajah sangat menggerunkan berdiri tegak  di pelusuk tembok istana. Nadia berasa takut dan ingin berpatah balik tetapi dave telah menghalangnya  
malah dia menolak tubuh Nadia supaya memasuki 'castle entrance'.

''saya nak baliklah awak tengok tak hari nak senja..awak kata nak ajak saya makan ajer kan..lepastu kita boleh berbincang dengan 'parent' lepastu kita...''

"..."

''kita apa?''

Alangkah terujanya dia saat melihat keindahan taman yang ditumbuhi bunga-bungaan. Tampak  seri dan mempersonakan dengan pelbagai citra warna dan harumannya menusuk  hingga ke kalbu, secara tidak sedar dia telah mengulum senyuman.

Tumpuannya seakan-akan ditarik untuk mendengar alunan instrumen yang sungguh asyik. Setelah melihatkan seorang bermain biola seperti alunan pemain vanessa mae dan sorang lagi memainkan piano berlatarkan lagu 'river flows inside you' oleh yiruma. Dirinya seakan-akan berada di dunia khayalan.
Nadia melihat sekeliling sungguh indah seperti taman kayangan..dia tidak terungkap walau satu ayat yang menggambarkan kecantikan di situ.

'wow!  \(n_n)/ '

Hati Nadia berbunga .Namun Nadia seakan tersedar dari lamunan yang seketika cuma setelah sedari seseorang  berwajah manis dan berkulit kuning langsat sedang memerhatikannya dari hadapan. .

'hmmm...'' Dia kehairanan di mana sebenarnya dia berada. dalam peta pantai ini tiada pula menunjukkan arah taman kayangan ini atau dia sebenarnya sudah berada di alam bunian? 
'hish..jangan mengarutlah'
Di sini ada orang mengadakan upacara persandingan mungkin. Cuma tiada orang ramai dan tiada pengantin juga..?apa maknanya?

''Nadia apa yang awak fikirkan ?'' Dave bertanya.

"Dave, sejak bila sedara awak kahwin ?saya tak tahu pulak''.

'hah..apa saja yang aku karutkan ni'

''bukanlah Nadia ..ehem.." Dave berdehem seraya membetulkan tekaknya yang asyik tenggelam timbul sahaja.

  ''Nadia..this is special just for you''bisik rapat pada telinganya.Sambil bunga ros merah beralih pada telinga Nadia.

''errr....ok mungkin saya kena balik sebab dah larut senja ni tak elok.'' 
''sorry.'' gugupnya datang dengan tiba- tiba.Dia terus meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke belakang sedikit pon. 

''Nadia''





.         .           

1 comment:

kamilah said...

sambungan2!