-->

Tuesday, August 7

CASABLANCA RECIPE



Casablanca. The desert the best in the world



This time, I've learn to make a desert,Casablanca. Since I have a quite long holidays. So I do something benefit, right? And learn from my master is my mother. I did it because it is fun and I like to eat. Even though it is hard and sometimes it wasn't worked but at least we have try. ''if you fail don't lose hope and you must try,try and try"."We aren't plan to fail but we are fail to plan". The true is,not simple as your thought. Now I made up 4 recipes for desert like bread pudding, pizza, cream caramel, pancake and now i'm going to learn this recipe for Casablanca.Just believe it . i did. It'll be simple if you say so. You'll love when these melt in your mouth.  So lets try out.


How to make it ?
ingredient :
1. biscuits cracker
2. 1 tin krimer  (or fresh milk)
3. 1/2 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan anda suka)
4. any juicy fruits...mcm manga,strawberries,peaches.
method :
1 potong buah- buahan tadi menjadi kecil dan juga biskut.
2.dan ratakan semua ke dalam bekas (ikut keperluan)
3.masukkan karemel ke dalam bekas lain. masukkan susu pekat kacau sehingga sebati.kemudian barulah masuk ke dalam bekas berisi buah- buahan dan biskut.
4.simpan dalam freezer dalam 2 jam. siap untuk dihidang.
Enak dimakan selepas berbuka puasa dan sahur. selamat mencuba. =D
saya akan cuba link dan postkan resepi2 yang lain juga.

Friday, July 27

Ramadhan bulan barakah


Alhamdulillah ..
sekali lagi dapat menyambut bulan Ramadan. banyak kelebihan daripada bulan ini. banyak ganjaran yang dapat daripada bulan ini. selain terawikh ,manahan lapar dahaga, good deed, charity. jaga aurat ,lidah dan mata ,jaga hati serta solat jangan malas pula dan baca al-quran.ALLAH melipatgandakan pahala kita. berbeza bulan lain. sebab itu beruntungnya siapa yang mengejar pahala pada bulan ramadan ini. Mungkin kalau di tanah arab mesti meriah sambutannya. di sini baru 4 hari dah pasang lagu raya. ingat baju raya. lemang.ketupat.adui. memang best. Tapi kan best kalau dapat    kumpul pahala banyak. hmm...ya..lailatul qadar sangat saya impikan untuk menunaikan. cuma saya kena ada kerajinan.
if not mistaken lailatul qadar adalah tujuan pengampunan dosa2 dahulu. wallahu'alam.


Hujah daripada seorang hamba ;
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."


Tanda Malam LailatulqadarPara alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.




Jadi yang penting mesti ada keikhlasan dan niat mengharapkan rahmat Allah.
Bulan Ramadan juga adalah masa untuk didik nafsu. kerana segala kejahatan punca daripada nafsu selain syaitan yang menghasut. Nafsu ini sangat degil kepada Allah s.w.t. sehinggakan di akhirat
malaikat bertanya kepada nafsu siapakah Tuhan kamu ? 'ma rabbuka?'
nafsu menjawab aku adalah aku Dia adalah Dia.
sampai ke berapa kali pon sama jawapannya. sampai malaikat menghukum nafsu ini sepedihnya. baru lah ia menjawab akulah hamba Allah dan Dia adalah Tuhanku. hmm lebih kurang ceritanya daripada apa yang saya baca. nak ceritakan betapa nafsu sangat ego dan cenderong kepada keburukan. kerana pendamping dia adalah syaitan dan jin.
insyallah.kalau didik nafsu ini buat baik dengan melakukan amalan2 dengan ikhlas. nafsu akan tunduk pada hati dan iman.
Tapi alangkah baiknya kita istiqamah berbuat baik untuk bulan2 seterusnya. mudah-mudahan
#peringatan untuk diri dan bersama. ALLAH always with us.





MANUSIA SERING ALPA

Alhamdulillah..syukur,syukur,syukur ya ALLAH segala yang telah kau berikan..
Nikmat Kau melimpah ruah, cuma aku kurang bersyukur. Maafkan aku..ampunkan aku. v.v
Aku tahu hidup ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai hitungnya.
Kehidupan pasti ada dugaan,ujian itu pasti ada penyelesaian dan hikmah. Bagi yang mengerti pasti  banyak mengabdikan diri pada-Nya.
Sama seperti pembelajaran..takkan selalu impikan perkara yang senang untuk belajar tanpa kesungguhan. Tidak perlu untuk menjadi seperti seseorang. Kerana kita mempunyai kelebihan tersendiri. Percaya pada ALLAH. ALLAH tidak pernah mensia-siakan hidup hamba-Nya selagi hamba-Nya gigih berusaha.
Ya Allah...jauhilah sifat-sifat lemah semangat atau perasaan hasad dengki pada diriku.
Aku akui diri ini sangat pessimistik, keras kepala, panas baran, ...tapi aku tidak mahu orang lain melihat kelemahan diriku.
^_^ Peace. I've learn to forgive myself and improve my weaknesses.



Sunday, July 22

Sweetie Nad 3

Kali ini tidak akan ku lepas. Sudah masanya dendam dipateri.

''Nadia!!'' Panggil Dave bernada keras. Rentap kasar tangan Nadia. Pandangan yang sangat bengis diberikan.

Nadia kaget terhadap perbuatan kasar Dave. Dia langsung tidak menyangka Dave akan melakukan sejauh itu.

Tiba-tiba ketawa Dave meletus.

''Kenapa? Terkejut?''

Dave berterus terang segalanya kepada Nadia. Dia tidak ingin menyimpan lama. Takut dendam lama menjadi kepam. Takut hatinya sudah tertaut pada Nadia. Sudah tentu misinya gagal.

''What??? Dave it wasn't true. my dad wouldn't do like what you say!"

''End now this conversation. I would not believe at all!" "What you give.You'll get back"

"Kenapa Dave kau berkelakuan begini. Apa agaknya yang buat kau begini?"

Dave mendekati Nadia. Makin lama makin dekat. Hampir sahaja Nadia terjatuh dan tergolek di bahagian cenuram itu. Memandangkan dia berada di tempat yang tinggi.

"You'll be dead!" kata Dave seraya ketawa terbahak-bahak.

"Hoi!!"

Belum sempat Dave toleh ke belakang.

Hayyakk!! kedebushh...

Sekali tendangan sahaja berjaya menumpaskan badan sasa Dave. Dave terguling- guling ke bawah. Bukit yang begitu curam. 'Aouchhh'

"Nadia kau tak de apa- apa?" cemas lelaki itu bertanya.

Nadia masih terkesima melihat adegan lelaki itu sepak kepala Dave sehingga badannya tidak seimbang kemudian jatuh. Wah sebiji seperti Jet Lee.Pelakon tersohor yang dia amat minati. Secara tidak sedar membuatkan mulutnya terbuka luas.


"hoi...nak aku sedekahkan tangan aku untuk sepak kau pula?" 

Nadia tersedar dari lamunan. Dia melepaskan nafas lega. Dia memandang pada raut wajah yang sekian lamanya dia tidak bertemu.

"Jimmy?kau?"

"hmm..dah tak kenal aku lagi dah..kau kena buatan Dave ke apa? sudah- sudah kau takde apa-apekan? Jom pulang. Aku dah telefon polis dah. Orang- orang yang dekat sini bagitahu.

"tulah kau percaya lagi si Dave tuh. Dia bukan budak betul pon.memang 'Psycho'."
Jimmy bersyarah panjang membuatkan Nadia ternganga sekali lagi. Jimmy merenungnya dengan wajah yang berkerut. Akhirnya mereka tertawa.




Thursday, January 26

sweetie Nad 2



''Dave, i think we need to explain to our parents...before it's too late !  ..''
gesa Nadia .
''Nadia,saya ni kan kawan lama awak ,sejak kecil lagi saya sudah kenal awak .sampai hati awak nak menjauhi saya ''.Dave rasa sedih dan masih ingin memujuk Nadia.  
'' ugh, tapi mak ayah kita tu sudah berfikiran jauh terhadap hubungan kita ini..tolong ..beritahu mereka juga hal sebenar ok?''sayu suara nadia meminta dave supaya memahaminya.

.   .   .

'it seems a month,  i did'nt saw her face.khabar berita pon tak dengar.Di mana sajalah si nadia pergi?' Jimmy bermonolog sendirian .Tertanya-tanya sejak kebelakangan ini dia berasa hubungan dia dan Nadia sudah renggang.

Sudah lama mereka tidak bersua.Kalau sebelum ini,mereka sering bersama-sama mengisi masa kosong dengan berborak dan menelaah pelajaran. 

Tapi kali ini dia mula berjinak-jinak dengan perangai kasanova.sudah sebulan. tanpa menghiraukan nadia telah lama menjauhinya. Barulah terasa tidak seperti selalu. Bahkan dia akui dan mulai sedar dengan sikapnya tidak betul.

'ya aku sedar aku mula bosan dengan sikap perempuan yang sama sahaja 'pe'el' mereka..'menggedik' sana sini.Buat aku rimas.Kadang- kadang sehari aku telah berbelanjakan beratus- ratusan ringgit demi menjaga hati mereka.
Berlanja baju lah, makan lah..haduih.
Sedangkan Nadia tiap-tiap hari aku yang suruh dia berlanja aku.Saja cari maut.mustahil lah kalau dia berlanja.Kedekut kot.Kalau diusik pon dia sangat kebal mengalahkan kereta kebal.

Muka tiada perasaan.Kadang2 kalo aku cakap sedikit,nah bah,angin ,ribut petir buruk dia semua akan datang tanpa diragui dan diusul periksa, itu yang buat aku seram sejuk dengan dia' lama dia mengelamun
sambil manaip kerjanya di atas papan kekunci laptop tanpa dia sedar sebiji 'kayu balak'  jatuh menghempap badannya .
''woi...sakitla malaun! siapa punya kerja...'' Jimmy mengerang kesakitan sambil menoleh ke belakang dengan rasa tidak puas hati. Dia sumpah seranah.

''haha...wei steady la badan ko kan kebal..mana nak rasa.'' kata Adeq sambil tersenyum sumbing dengan rasa diri tidak bersalah. 

''agak la, kebal lagi buku kau...''

''heh..tu lah..aku tengok kau mengelamun je.ingat makwe ea.?''Adeq suka menyakat Jimmy. 

''wei...aku kalo ingat kau pekejadah..''

''oo..memang patutla...buku yang senipis ini saja boleh terkejut beruk..begitu rupanya  ''Adeq ketawa terbahak- bahak melihat telatah kawan sekuliahnya apabila disakat.

''eh aku rase aku nak jumpa Nadia..''dengan nada serius, Jimmy mengorak langkah menuju ke suatu arah yang belum tentu destinasinya dek mahu melarikan diri dari temannya. Tapi memang tujuan sebenarnya untuk mencari gadis yang hilang sejak kebelakangan ini.




. .             .  .                . .

Dave mengajak Nadia untuk bertemu di pantai Pasir Hitam,Melaka. Dia mengambil peluang yang ada untuk bersama- sama Nadia. Perasaanya membuak- buak untuk melaksanakan misinya. Memang sikap skemanya sudah menjerat Nadia. keningnya diangkat dengan senyuman sinis.


Sejak dari kecil lagi Nadia adalah sasarannya untuk membalas dendam terhadap peristiwa kematian bapa saudaranya,Benjo. Ayah Nadia memecat jawatan Benjo sehingga dia menghadapi strok dan akhirnya meninggal dunia. 

 Maruah bapa saudaranya telah dinodai dengan kekejaman yang dia rasakan perlu dituntut. Sehingga kini dia masih menuntut maaf dari keluarga Nadia. Nadia adalah mangsanya. Mangsa untuk tebus dosa keluarga Nadia kepada bapa saudaranya.


 Meskipun Nadia tidak tahu menahu hal kejadian tetapi dia akan membuatkan seluruh keluarga Nadia menyesal seumur hidup. 
AKU BUNUH KAU NADIA. seakan-akan ada sesuatu yang telah menghasut ke dalam jiwa Dave untuk berbuat begitu. Dave semakin berani.

''eh Dave ape kau buat ni...?''Nadia terkejut melihat tangan Dave sudah berada di pergelangan tangannya. Nadia cuba menarik tetapi gagal. Dave pegang dengan kuat.
dengan pura- pura berwajah manis seraya berkata.
''urm...bawa Nadia ke suatu tempatlah..mari..''

''Dave kau nak bawa aku ke mana ni..kita jalan elok- elok lah tak payah nak tergesa- gesa pulak'' omel Nadia yang tidak biasa apabila tangannya disentuh.

''adelah...'surprise' ni kena cepat sedikit sebelum masa tidak mengizinkan''. Dave berpura-pura melembutkan suara padahal dalam hatinya ingin saja dia menculik Nadia dan biarkan dia hidup di tengah hutan seorang diri. Hidup melaratlah dia di sana.

dave menarik tangan nadia dan terus berjalan ke suatu tempat. Berliku-liku jalannya .

''Nadia,saya rasa kita sudah sampai ,lihat istana itu cantik bukan?'' sambil menunjukkan ke arah sebuah istana tinggalan nenek moyang dahulu. ''masih ada lagi istana tinggalan yang berhampiran di pantai ini,ya? soal Nadia tanpa berfikir tujuan sebenar Dave membawanya ke situ.''Tempat ini merupakan 'explore' bagi pengunjung membuat 'research' mengenai sejarah kedatangan British ke mari sebenarnya kalau Nadia nak tahu''Jelas Dave. 

''Tempat ini tiada siapa yang tinggal kalau lusuh macam ini.Hish nampak seramlah. Saya nak balik.'' 

'' Erm mana boleh balik.It's fine. Dave bawakan ke tempat lagi istimewa..ok?''

"...."

Tiba sahaja di depan pintu gerbang yang dipenuhi lumut. Terdapat pula patung- patung sembahan nenek moyang yang berwajah sangat menggerunkan berdiri tegak  di pelusuk tembok istana. Nadia berasa takut dan ingin berpatah balik tetapi dave telah menghalangnya  
malah dia menolak tubuh Nadia supaya memasuki 'castle entrance'.

''saya nak baliklah awak tengok tak hari nak senja..awak kata nak ajak saya makan ajer kan..lepastu kita boleh berbincang dengan 'parent' lepastu kita...''

"..."

''kita apa?''

Alangkah terujanya dia saat melihat keindahan taman yang ditumbuhi bunga-bungaan. Tampak  seri dan mempersonakan dengan pelbagai citra warna dan harumannya menusuk  hingga ke kalbu, secara tidak sedar dia telah mengulum senyuman.

Tumpuannya seakan-akan ditarik untuk mendengar alunan instrumen yang sungguh asyik. Setelah melihatkan seorang bermain biola seperti alunan pemain vanessa mae dan sorang lagi memainkan piano berlatarkan lagu 'river flows inside you' oleh yiruma. Dirinya seakan-akan berada di dunia khayalan.
Nadia melihat sekeliling sungguh indah seperti taman kayangan..dia tidak terungkap walau satu ayat yang menggambarkan kecantikan di situ.

'wow!  \(n_n)/ '

Hati Nadia berbunga .Namun Nadia seakan tersedar dari lamunan yang seketika cuma setelah sedari seseorang  berwajah manis dan berkulit kuning langsat sedang memerhatikannya dari hadapan. .

'hmmm...'' Dia kehairanan di mana sebenarnya dia berada. dalam peta pantai ini tiada pula menunjukkan arah taman kayangan ini atau dia sebenarnya sudah berada di alam bunian? 
'hish..jangan mengarutlah'
Di sini ada orang mengadakan upacara persandingan mungkin. Cuma tiada orang ramai dan tiada pengantin juga..?apa maknanya?

''Nadia apa yang awak fikirkan ?'' Dave bertanya.

"Dave, sejak bila sedara awak kahwin ?saya tak tahu pulak''.

'hah..apa saja yang aku karutkan ni'

''bukanlah Nadia ..ehem.." Dave berdehem seraya membetulkan tekaknya yang asyik tenggelam timbul sahaja.

  ''Nadia..this is special just for you''bisik rapat pada telinganya.Sambil bunga ros merah beralih pada telinga Nadia.

''errr....ok mungkin saya kena balik sebab dah larut senja ni tak elok.'' 
''sorry.'' gugupnya datang dengan tiba- tiba.Dia terus meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke belakang sedikit pon. 

''Nadia''





.         .